YKABTailor merupakan inisiatif di bawah YKABPRENEUR yang berfungsi sebagai platform latihan praktikal bagi memperkasakan Usahawan Asnaf YKABPRENEUR (UAY) dan menyediakan kelas intensif buat Alumni ALI yang berpotensi dalam bidang jahitan. Selain mengasah kemahiran profesional, institusi ini turut melaksanakan tanggungjawab sosial dengan memberikan pakaian sekolah secara percuma kepada golongan masyarakat yang memerlukan