Selamat Datang ke Website Yayasan Kepimpinan Al Bait
Yayasan Kepimpinan Al Bait (YKAB) adalah sebuah badan bukan berorientasikan keuntungan. YKAB ditubuh berlandaskan tiga (3) objektif iaitu memupuk kepimpinan diri dalam kalanagan generasi muda, penganjuran program-program kebajikan dan menyubur budaya menyumbang dalam masyarakat.
YKAB merupakan cetusan ilham Datu Haji Abang Mohd. Shibli Bin Haji Abang Mohd. Nailie atas pemerhatian dan pengalamannya selama suku abad dalam urusan membela dan menyantuni mereka yang memerlukan. Bagi meneruskan perjuangan ini, penubuhan YKAB memberi penekanan khusus berhubung kebolehan kepimpinan dalam menangani isu kebajikan dan usaha untuk membiayai keperluan kesejahteraan masyarakat.
YKAB telah diperbadankan pada 20hb April 2022 di bawah Akta Syarikat 2016 setelah diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Untuk merealisasikan hasrat penubuhan YKAB, Moto YKAB "Mengupaya Kepimpinan, Menyantuni Insan, Memantapkan Kesejahteraan" menjadi wadah perjuangannya.
Hubungi kami di talian : 082 - 544 997 atau
Emel kepada kami melalui alamat berikut : yayasankepimpinanalbait@gmail.com
Ya.
Sukarelawan Yayasan Kepimpinan Al Bait (SYKAB) ditubuhkan bagi membantu dalam pelaksanaan projek & aktiviti yang dijalankan oleh YKAB. SYKAB terdiri daripada pelbagai peringkat umur bermula dari umur 18 tahun dan ke atas.