Selamat Datang ke Website Yayasan Kepimpinan Al Bait
YKABPRENEUR merupakan projek inisiatif Yayasan Kepimpinan Al Bait (YKAB) untuk memperkasakan Alumni Akademi Latihan Insan (ALI) dengan menyediakan latihan kepimpinan dan kemahiran jangka pendek kepada golongan Asnaf untuk mempelajari dan menimba ilmu agar mereka dapat keluar daripada kepompong kemiskinan. YKABPRENEUR merupakan salah satu projek di bawah Pelan Tindakan Aktiviti Pembangunan & Pemerkasaan Asnaf.
Objektif utama projek ini adalah untuk menyediakan platform bagi Usahawan Asnaf YKABPRENEUR (UAY) untuk meningkatkan ekonomi kehidupan mereka dalam usaha menjana pendapatan bagi menampung keperluan harian. Di samping itu, platform ini dapat membantu mereka meluaskan pasaran produk dan perkhidmatan kepada masyarakat umum di Sarawak. 100% hasil perolehan daripada projek ini diserahkan sepenuhnya kepada Usahawan Asnaf YKABPRENEUR (UAY).